MIXER (MANUAL)

October 27th, 2009

MIXERimag0252imag0254

Mixer (manual)

Kapasiti : 25kg-30kg (satu kali bancuhan)

Bahan buatan : Besi

Harga : RM 890.00

ina Uncategorized

TAWARAN ISTIMEWA…

June 26th, 2009

BENIH CENDAWAN

 

imag0167

KINI SYARIKAT KAMI MENAWARKAN HARGA BENIH TERBARU KAMI IAITU RM 4.50 PER BAG.

 

BONGKAH CENDAWAN

 

imag01481

imag0151 

 SEPARUH MATANG HANYA RM 1.00 PER BAG.

imag0153

imag0154 

 BONGKAH CENDAWAN MATANG RM 1.20

 

ina Uncategorized

BERSUA KEMBALI…

June 22nd, 2009

 

imag01301

Pada 9/6/2009 yang lepas, kami telah berkesempatan  bertemu dengan Puan Florence yang merupakan orang kuat Mayang Agrotech.pada masa tu syarikat mereka ada mengikuti pameran yang di anjurkan oleh Mardi Kuching iaitu sempena Hari Teknologi.Walaupun tengah sibuk melayan pengunjung yang hadir namun sempat jugak beliau meluangkan masa untuk bergambar dengan kami..

imag01342

Di atas adalah cara mambuat taugeh.Nampaknya taugeh pun memerlukan tempat yang gelap.

imag01331

Cara nak buat mee pun ada ditunjukkan di situ.Sesiapa yang hadir pada hari tu kira banyak jugak lah ilmu yang dapat kerana sedikit sebanyak ia akan memberikan kita pilihan perniagaan  yang masih luas dan boleh diceburi.

 

ina Uncategorized

PERKEMBANGAN TERBARU…

June 22nd, 2009
Comments Off

imag0159

 

imag0160

Berkenaan dengan perkembangan syarikat kami pula, baru baru ini syarikat kami telah terpilih untuk menyediakan pengukus bagi pihak Mardi,Kuching.Pengukus ini diperbuat daripada steel sepenuhnya dan mempunyaai keluasan dalam 4×4x5 kaki dan boleh memuatkan sebanyak 500 beg media.Pengukus ini dilengkapi dengan meter suhu ,dan drain paip.

imag0048

Selain daripada saiz yang besar,kami juga ada membuat pengukus yang bersaiz 2×2x4 kaki, yang juga di perbuat mungunakan steel.Oleh kerana agak kecil  ianya hanya mengambil masa yang singkat untuk mengukus beg media dan hasilnya begitu bagus sekali.Ianya amat  sesuai bagi mereka yang tidak membuat beg media yang banyak setiap hari dan kita tidak perlu menungu lama untuk memenuhkan ruang yang ada .Jadi beg media kita tidaklah basi apabila dikukus kelak. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Soffry (016 8616633/014 8858833) atau email dzarynagrofarm@yahoo.com

ina Uncategorized

CHAMBER KELUARAN SYARIKAT KAMI…

April 14th, 2009
imag0032imag0034

  

Inilah chamber yang dihasilkan oleh syarikat kami.Ia dilengkapi dengan 2 biji lampu iaitu lampu uv dan lampu putih.Syarikat kami menghasilkan 3 saiz  yang berbeza iaitu Saiz 4 kaki x 2 kaki,3 kaki x 2 kaki dan 2 kaki x 2 kaki.Harga tertakluk dengan saiz yang dikehendaki.Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Soffry (016 8616633/014 8858833) atau email dzarynagrofarm@yahoo.com

ina Products

Lawatan kami pada 13-17 Mac 2009……

April 5th, 2009
Comments Off

 

LAWATAN KE SIBU…..

imag0546

Bersama En Abg Morni,salah seorang pengusaha cendawan di Sibu.Beliau membuat perusahaan cendawan di dalam sebuah bangunan.Terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

imag0542

Untuk mengawal suhu yang dikehendaki,beliau menggunakan water mist.Alat ini berfungsi untuk menukar air kepada semburan halus.

LAWATAN KE MIRI….

imag0022

Ini salah seorang pengusaha terbesar cendawan di Miri.Beliau ialah wong Huan Kiong.Orangnya peramah dan tak lokek ilmu.Banyak ilmu yang saya dapat dari beliau.Beliau sudah 10 tahun menceburkan diri dalam perusahaan cendawan.Terima kasih kepada beliau kerana meluangkan sudi masa bersama kami.imag0014

 

Stok kayu getah.Beliau menggunakan kayu getah yang diproses sendiri.

imag0012

Ini salah satu ruang penghasilan.

 

imag00091Cendawan cendawan yang segar bugar yang akan dipasarkan di sekitar Miri,Bintulu dan Brunei..

ina Uncategorized

DI LADANG KAMI…

February 25th, 2009
Comments Off

           D’ZARYN AGRO FARM COMPANY REG.NO (SAM075/08) MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT YANG BERGIAT AKTIF DALAM PENANAMAN CENDAWAN DAN MENGHASILKAN BENIH CENDAWAN.KAMI JUGA MEMBEKAL CENDAWAN SEGAR,BEG MEDIA YANG SUDAH MATANG,BENIH,BAHAN MENTAH DAN PERALATAN CENDAWAN.DISAMPING ITU,SYARIKAT KAMI JUGA MENGADAKAN KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN DAN KURSUS ASAS DALAM MENGHASILKAN BENIH CENDAWAN.   

imag0436

DI SINILAH SEGALA AKTIVITI-AKTIVITI PENANAMAN CENDAWAN DIJALANKAN..

AKTIVITI UTAMA DALAM TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN.

  • MENYEDIAKAN BEG MEDIA CENDAWAN

  • MENGUKUS BEG MEDIA CENDAWAN

  • MENYUNTIK BENIH

  • PEMERAMAN BEG MEDIA CENDAWAN

  • MEMUNGUT HASIL

  • PENGENDALIAN LEPAS TUAI

  • PEMASARAN

  • SIMPAN REKOD-REKOD PEMBELIAN,HASIL DSB.

imag0462

              INILAH PEKERJA KAMI,MEREKA BOLEH MENGHASILKAN 900 BEG DALAM SATU HARI…DIDALAM AKTIVITI PENYEDIAAN SUBSTRAT,KAMI MENITIK BERAT TENTANG % KELEMBAPAN CAMPURAN TERSEBUT.HABUK KAYU,DEDAK PADI DAN KAPUR PERTANIAN DIGAUL DENGAN KADAR  100:10:1 .CAMPURKAN AIR 75% KELEMBAPAN SEHINGGA SEBATI APABILA DIKEPALKAN TIDAK BEDERAI DAN TIDAK KELUAR AIR BILA DIGENGGAM KUAT.MASUKKAN CAMPURAN TADI KEDALAM BEG PP DAN HENTAK SEDERHANA PADAT (3 KALI) SUPAYA TERDAPAT RONGGA-RONGGA UDARA KECIL BAGI PERTUMBUHAN MESILIA.

     imag0434                                                 

PENGUKUS YANG BESAR NI BOLEH MEMUATKAN SAMPAI 1300 BEG MEDIA ,TAPI TERPAKSA LA KENA KUKUS SAMPAI 12 JAM  SUPAYA BEG MEDIA BETUL-BETUL BASMI KUMAN DAN BOLEH MEMBUNUH SEGALA BENTUK MIKROB YANG BERADA DALAM BEG MEDIA.

imag03681

INI ADALAH SALAH SATU RUANG PEMERAMAN.

 

ina Uncategorized

Kursus

February 19th, 2009
Comments Off

KURSUS ASAS MENGHASILKAN BENIH CENDAWAN

TEMPAT : KUCHING PARK HOTEL

TARIKH  : 28HB – 29HB MAC 2009

MASA       : 8.30 PAGI – 5.00 PETANG

YURAN    : RM 1200

DEPOSIT : RM 500

NO AKAUN :HSBC-022098701021 (D’ZARYN AGRO FARM)                                       

AKTIVITI :

  • TEORI

  • MEMBUAT PDA

  • MEMBUAT BENIH TULEN

  • MEMBUAT BENIH PADI

  • MEMBUAT SUB KULTURA

  • CARA MENYIMPAN BENIH

PESRTA AKAN DIBERI SIJIL PENYERTAAN,ALAT TULIS,ALAT ASAS MEMBUAT  BENIH,NOTA LENGKAP,BENIH CENDAWAN DAN MAKAN MINUM DISEDIAKAN.

P/S : PENGUSAHA CENDAWAN YANG SEDIA ADA DAN PADA MEREKA YANG INGIN MENJADI PENGELUAR BENIH CENDAWAN DIALU-ALUKAN.

KURSUS-KURSUS BENIH AKAN DATANG :

  • 18HB-19HB APRIL 2009   MIRI                                                                                     

  • 23HB-24HB MAY 2009   SIBU                                                                                

  • 13HB-14HB JUN 2009 BINTULU

UNTUK KETERANGAN LANJUT

SILA HUBUNGI : D’ ZARYN AGRO FARM HP : 014 885 8833

                                                                                         016 861 6633

                                                                        EMAIL : dzaryagrofarm@yahoo.com

lens Kursus